October 01, 2009

choc moist with fresh strawberi


choc moist cake
fresh cream



saya agak kelamkabut sewaktu saya deco kek nie sebenarnya..saya kesuntukkan masa kerana order nih diterima agak last minit..rasanya selepas beberapa peristiwa yang menyebabkan saya kelamkabut..membuatkan kek yang dideco saya agak katun..tidak kemas..saya telah membuat keputusan tidak akan terima order sekiranya order itu di buat kurang daripada 3 hari..sukar untuk saya merancang masa kerana saya sekarang tinggal di rumah emak di kampung yang mana agak sukar untuk saya mendapatkan barang kek dan beberapa keperluan untuk mendeco... jd kepada semua kastemer yg saya kasihi tolonglah order awal yerk..
dan order ini datangnya daripada seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Dato' Hj Mohamad Noor Ahmad Gelugor untuk suaminya..kepada tuan empunya badan yang menyambut hari lahir..saya juga mengucapkan slamat hari lahir..semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki...

kek raya


choc moist cake
fresh cream
coklat ganache
Pertama skali saya ingin mengucapkan slamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung dan pelanggan yang pernah..telah..dan akan order daripada sya..sebagai manusia biasa saya tidak mungkin terlepas daripada melakukan kesilapan..so kepada sesapa yg pernah tersinggung dalam apa jua cara saya terlebih dulu saya memohon maaf..
dan entry kali nih lebih kepada order untuk hari raya yang lepas..walaupun x banyak order yang saya terima tapi kesibukkan untuk penyediaan hari raya untuk family sendiri sudah cukup memenatkan saya.......dan yang sedihnya disebabkan terlalu sibuk saya terlupa nk amik gambar..tapi saya sedang cuba mendapatkan gambar daripada pelanggan saya..insyaallah klu dapat saya akan upload dalam masa terdekat..
okeh..ini satu2 nya gambar yg saya amik..layan jer la..design yang simple untuk hari raya..