December 24, 2009

AIDA N ARIE





THIS IS MY FIRST FONDANT CUPPIES OKEH!! menerima order daripada fairus kawan semasa sekolah menengah dulu membuatkan saya berfikir dua kali sebelum menerima order ini..sebabnya kerana order last minit dan saya tidak berani mengambil risiko kerana bimbang tidak mampu..tapi alhamdulillah ..kerana selepas memikirkan persahabatan kami saya ambil juga tugasan ini dan sangat teruja semasa menyiapkannya..
dan komen dari fairus amat menyenangkan hati saya dan pasti saya tidak akan teragak-agak lagi menerima order fondant yang seterusnya..insyaallah...

cuppies for hantaran



thanks untuk kak dzurina dari unit kemasukan usm..this order untuk hantaran kan kak..saya design yang simple sbb kak dzurina kt x kisah cemmana pun..so ni la hasilnya..pepepun thanks yer kak!!


princess n barbie fast sale!!




thanks! thanks! thanks!! akan ada lagi satu fast sale sempena tahun baru..so tungguuuuu yer..saya akan umumkan kat blog nih..so sapa cepat dia dapat la eik..
Daaaa...



simple cupcake!!


order for fast sale bebaru nih!! thanks yer sumer..

December 16, 2009

siapa cepat dia dapat!!!

sajer nak try wat fast sale!!

kepada sesape yang berminat leh call saya secepat mungkin..sms x dilayan okey!!

cupcake : moist vanila cake topping with coklat ganache
free design @ cartoon edible (princess) for only RM24 for 16 biji..
sape cepat dia punya k..

leh la enjoy makan makan ngan famili waktu cuti..
yang nk kasi tuk hantaran pun leh gak..just call n kompom wat kaler..saya akan cuba penuhi..order dibuka sampai ari sabtu jer:))

December 14, 2009




choc moist cake + fresh cream
RM26
6"
Thanks to E yang x henti henti memberi sokongan to mycakeshouse! thanks dear..amat senang deal ngan u tau..:)) hope that ur likes that cake k!!



selamat pengantin baru sabil & zudi




choc moist cake + butter cream
50pcs
RM100
thanks buat sha... one of my friend at usm yang recomended mycakeshouse kat kakak sepupu beliau sempena majlis perkahwinan nya..
hope that cake menepati apa yang dicari..apapun thanks skali lagi kerana sudi menempah ngan mycakeshouse yg masih bertatih nie..



happy birthday thaqid..




choc moist + fresh cream
hand drawing + piping jelly + chocolate ganache
RM58.00
Tempahan kali nie boleh dikatakan daripada regular kastemer la jugak..order ni datangnya daripada kak nab LHDN..minta saya lukis kartun sponge bob kat atas kek..so lepas deal segala saya pun memulakan proses melukis kartun comel nie selama sejam jugak la..almaklumla saya budak baru belajar la katakan...so saya harap kak nab puas hati ngan rasa dan deco kek nie..apapun saya nk ucapkan happy belated birthday buat adik thaqid yang menyambut birthdaynya baru baru nie..
untuk kak nab saya ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi order ngan saya lagi:) terlebih terkurang saya minta halal yer kak nab!!

happy birthday puteri..



choc moist cake + buttercream + figurine
order ni datangnya daripada adik ipar saya sempena menyambut hari lahir anaknya baru baru nie..acik minta saya deco comel comel but all must be in pink..so saya jadi la cenggini..hope that acik ngan baby puteri suka yer!!
apapun thanks sangat okeh..sbb sudi order ngan kak ida...

wedding gift





choc moist and buttercake
RM1.00 sebiji
1000 bj
salam..ini adalah sebahagian daripada order yang saya terima daripada Puan Vasantha USM untuk dijadikan door gift perkahwinan anak perempuan beliau..tahniah dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi tempah dengan mycakeshouse..harapan saya puan vasantha berpuas hati dengan kualiti dari pihak kami..
thanks..



December 09, 2009

9 x 18




2kg++
choc moist cake filling with fresh cream and coklat ganache + buttercream
Edible image
RM120.00
Terima kasih untuk kak yati kerana sudi order dengan mycakeshouse,..sangat senang deal ngan akak..dan saya sangat lega bila terima mesej dari kak smalam..syukur semua suka..
thanks..
mesej dr kak yati : trima kasih eida..kek sedap dan cantek..ramai saudara kak yati nak book nanti...
rasa sangatlah lega dan puas bila kastemer pun puas hati:)




selamat pengantin baru shah & ida





choc moist + white chocolate + buttercream + gumpaste flowers
1.5 kg
8'
RM75
Sebelum ni saya ada masukkan hantaran sebelah pihak perempuan dengan tema pink!! dan ini plak adalah serangan balas daripada pihak lelaki okeh!! terima kasih untuk shah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk merelisasikan tema white and meroon nih..alhamdulillah..kedua-dua pengantin berpuas hati dengan hasil kerja mycakeshouse..
syukur dan terima kasih..



hantaran :)



choc moist cake + buttercream
16 biji
RM32


December 05, 2009

Its reana birthday!!!

Happy First Birthday to my beloved princess Nur Adreana Syafea..sebiji kek thousand cohocolate bersaiz 12" with princess barbie cake with fresh cream..Alhamdulliah majlis berjalan lancar walaupun kek x menjadi seperti yang saya rancangkan kerana terlalu banyak tempahan pada waktu yang sama..apapun majlis sangat sempurna dan seronok melihat my baby happy on that day!! Happy birthday again sayang..doa mama semoga adreana menjadi anak yang solehah..sihat selalu..dan pintar ye sayang...

pink theme!!




coklat moist cake + buttercream and fondant
RM75
Terima kasih buat Ida yang sudi tempah dengan mycakeshouse sempena majlis akad nikah beliau baru-baru ini..syukur x terhingga kerana tempahan x henti-henti kebelakangan ini sehingga mengehadkan masa saya dan sehingga terpaksa saya tolak beberapa tempahan..maaf saya pinta kerana saya memerlukan lebih dari 24 jam sehari jika mahu menambah lagi tempahan..syukur kehadrat ilahi dengan kurniaan rezeki ini..kepada semua pelanggan yang dikasihi saya minta sangat2 agar kalian boleh menempah sekurang kurangnya seminggu awal daripada tarikh majlis..ini kerana saya dapat melakukan sedikit research agar kualiti decorate saya lebih terjamin..maklumlah saya baru bertatih dalam bidang ini..
apapun..terima kasih buat ida skali lagi kerana memberi kepercayaan kepada mycakeshouse untuk melaksanakan kek perkahwinan beliau..