March 11, 2015

CERITA CINTA DUA MINGGU

Assalamualaikum..

Hari ni hubby dah kena balik Terengganu. Walaupun dah hampir tiga tahun lebih macam nie.. tapi still x dapat nak biasakan dengan keadaan lagi..

Masih lagi terfikir-fikir apa nak buat bila hubby x de.. ngeh..ngeh.. padahal hubby pergi dua minggu je. huhu.. bagi eida dua minggu tu lama tau.. kalau x caya try la berjauhan tengok..baru tahu camna rasanya.. 

So macam biasa bila hari last before hubby pergi..kami akan keluar chilled-chilled kat luar empat beranak.. so semalam kuar makan jer..sebabnya kesiankan reana yang sekolah esoknya kan..

Almaklumla.. trip hubby biasanya setiap Rabu.. sebab schedule sebenar on khamis.. so kalau nak dikirakan..hubby hanya ada masa 12 hari je ngan kami.. balance dua hari tu untuk perjalanan pergi dan balik.

Kalau dulu keluar sampai lewat-lewat.. jalan-jalan.. sembang-sembang apa yang patut.. ye laa.. bukan senang nak qado yang dua minggu punya kan.. :)

So Semalam kami makan steamboat je.. makan kat Johnny Restaurant Perda City Mall... dekat je ngan umah. Jadila kan.. tengok anak-anak pun enjoy.

So bermulalah episod dua minggu tanpa suami disisi..isk..isk.. sedih.