January 26, 2014

SEMINAR SM/SSM SHINING STAR 2014

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. 
Semalam telahpun berakhirnya seminar pertama untuk tahun 2014 iaitu Seminar SM/SSM yang bertempat di Kota Permai Golf and Country Club Kota Kemuning Shah Alam.

Seminar khas untuk usahawan yang berpangkat Sales Manager dan Senior Sales Manager ini bertujuan untuk menambah ilmu dan memberi bimbingan kepada rakan kongsi baru.

Syukur yang teramat sangat kerana seminar semalam sangat memberikan impak ke dalam diri eida sendiri malah semua rakan kongsi juga masing masing sangat termotivasi dan semua nekad akan lebih bersinar untuk menerajui 2014.

Seperti yang selalu dikatakan..bisnes menjadi semakin mudah bila kita tahu cara dan buat apa yang perlu dan bukannya apa yang kita suka.

Seminar semalam juga mengupas setiap inci perjalanan bisnes....tindakkan..peranan...takwim...perkongsian dan motivasi. Sesungguhnya memang ilmu dari GLAM nyata berbeza!!..   

Rasa bangga dan terharu sebenarnya..kerana bila di imbas kembali setahun yang lalu.. eida pernah menghadiri seminar yang sama..baru sebulan memulakan bisnes pada ketika itu..datang dengan leader sahaja tanpa tahu apa-apa dan agak blur pada ketika itu..dan melalui seminar ini juga yang eida jadikan pegangan dan dorongan untuk memulakan bisnes ini dulu..

Dan hari ini eida berpeluang hadir lagi..dan nyata keadaan sangat berbeza kerana eida kini hadir bersama-sama rakan kongsi eida pula untuk mereka sama-sama dapat ilmu dan nampak apakah halatuju dalam bisnes ini..

Yang lebih membanggakan ialah apabila eida sendiri terpilih untuk menjadi salah seorang usahawan jemputan untuk slot perkongsian. Satu peluang keemasan yang x mungkin akan eida lupakan..terpilih untuk berkongsi pengalaman sewaktu berusaha untuk mendapatkan free trip ke Korea..tapi untuk ini akan eida kongsikan pada next entry k..gambar pon x ready lagi..

Apapun..syukur..syukur yang teramat sangat kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada keluarga GLAM dan The Diamond Circle!! Sesungguhnya terlalu banyak peluang yang diberi kepada eida yang masih baru dalam bisnes ini..dan semestinya eida akan cuba beri yang terbaik untuk diri sendiri dan rakan kongsi.

Till we meet again!! tunggu next entry k..

XoXo
Eida


January 05, 2014

RECAP 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah baru berkesempatan nak menulis..setelah pelbagai rintangan dan cabaran akhirnya 2013 pon berlalu..

Hari ini eida nak recap balik semua yang telah dilalui sepanjang memulakan bisnes setahun yang lalu.. 

Just nak share ngan korang nie masa memula buat biz premium beautiful..masa nie masih blur sebenarnya tapi sebab percaya dengan syarikat dan produk ida nekad teruskan perjuangan..





Then..demi melancarkan bisnes..mula lakukan apa yang perlu..mula belajar dan buat perubahan sedikit demi sedikit..



Dan bermulanya sesi menimba ilmu dengan GLAM..









Sehingga ke hari ini eida still ke kelas ilmu dan seminar dari GLAM..sesungguhnya hanya dengan ilmu je yang mampu merubah hidup yang biasa biasa kepada yang luar biasa..

Kini GLAM berkembang dengan pencapaian yang membanggakan..malah ahli kumpulan bertambah ramai sehingga dalam GLAM sendiri kini sudah ada beberapa kumpulan kecil..dan eida sendiri kini dengan bangganya bernaung di bawah pimpinan CDM SHALIZA AZIZ from THE DIAMOND CIRCLE..

Hope pencapaian akan lebih membanggakan pada tahun 2014 ini InsyaAllah..

Interested to be one of my team..??
just ring me!!
0164061454

Love
Eida

XoXo