March 07, 2013

MY BUSINESS PARTNER

Salam..

hari ni ida nak perkenalkan bisnes partner ida..
siti nur fairuz shuid

seorang surirumah tangga sepenuh masa
mempunyai 2 orang anak yang masih kecil dan merupakan PJJ dengan pasangannya yg kini bekerja di Kuala Lumpur..mengisi masa dengan mengambil order pelbagai jenis kek dan desert popular..
Tapi beliau sanggup bekorban dan berusaha untuk perbaiki taraf hidup dengan mengambil peluang untuk buat bisnes..
  
kitaorang kenal da lama..since sekolah menengah lagi sebenarnya..
hidup suka duka dizaman remaja kami kongsi bersama..then kami terpisah sewaktu masing-masing bawa haluan sewaktu di tingkatan empat.. 

Selepas tu masing-masing hanya bertanyakan khabar melalui kawan-kawan dan surat sahaja..masa tu x der nak pakai handfhone bagai macam bebudak zaman sekarang..
so awal-awal rajin lagi nak menghantar surat..tapi lama..kelamaan kami teruskan hidup memasing sampailah masing-masing berumah tangga..

waktu berlalu..sedar-sedar kami dah seri..masing-masing dah ada dua orang anak..
Kami still berhubung..berjumpa sekali sekali untuk berkongsi kisah suka duka kehidupan..
hidup sangat sukar kadangkala...
Tapi ida sedikit bertuah kerana mendapat kerja di Universiti Sains Malaysia pada tahun 2004..tapi bisnes partner ida nie..masih seorang suri rumah tangga sepenuh masa.. sampai sekarang..

Tapi..
walaupun hanya seorang suri rumah..beliau sangat positif dalam banyak perkara..percaya dengan ketentuan dari qada dan qadar Allah S.W.T.. beliau teruskan hidup disamping dua orang anak dengan suami jauh di Kuala Lumpur sana..

berbekalkan dengan keinginan yang tinggi untuk merubah kehidupan..dan percaya dengan kepimpinan di bawah GLAM..beliau kini adalah orang yang baru..Yang akan buktikan kepada semua yang walaupun hanya seorang suri rumah..tapi beliau akan berjaya suatu hari nanti..
sama seperti seperti mentor kami 
..HanisHaizi..

Apapun haruslah kita hidup dengan lebih baik lagi untuk beri yang terbaik 
dan menambah nilai hidup untuk orang lain jugak!!

pada yang mahu ubah hidup anda from zero to hero? sila pm eida okay!!

0164936317 or 0164061454 

March 04, 2013

PEMBERONTAKKAN DI LAHAD DATU

Salam..

X tahu kenapa..semenjak tercetusnya pemberontakkan di daerah Lahad Datu Sabah..hati ida terasa kurang senang..
Hati dan fikiran asyik memikirkan nasib pejuang-pejuang kita di sana..
Ya Allah ya Tuhanku..
kau selamatkanlah bumi Lahad Datu itu Ya Allah..kau permudahkanlah apa yang bakal dilalui oleh saudara-saudara kami di sana..sesungguhnya engkau maha mengetahui..  

Saat ida menulis coretan ini..
airmata asyik bergenang dihujung mata..x tahu kenapa dan mengapa..
cuma jauh di sudut hati rasa marah..rasa tidak setuju..rasa pelbagai persoalan bermain diminda..
Walaupun ada pelbagai cerita yang dikeluarkan oleh media massa dan media elektronik..namun..kebenaran yang satu..hanya Allah yang lebih mengetahui.. 

Kita hanya mampu menyalurkan secebis doa buat mereka pejuang2 islam disana..

Minta maaf kerana terlalu terbuai oleh perasaan tidak enak ini..ida x dapat nak tumpukan dengan aktiviti seharian..kerana rasa bersalah pula bila pejuang kita yang bermati-matian berjuang di sana..
tetapi kita di semenanjung....sepertinya tiada apa-apa..

Walau apapun..
marilah kita sama-sama berdoa semoga keadaan akan kembali tenang secepat yang mungkin dan sedekahkan Al-fatihah kepada pejuang-pejuang kita yang gugur di sana..

Innalillah..