March 04, 2013

PEMBERONTAKKAN DI LAHAD DATU

Salam..

X tahu kenapa..semenjak tercetusnya pemberontakkan di daerah Lahad Datu Sabah..hati ida terasa kurang senang..
Hati dan fikiran asyik memikirkan nasib pejuang-pejuang kita di sana..
Ya Allah ya Tuhanku..
kau selamatkanlah bumi Lahad Datu itu Ya Allah..kau permudahkanlah apa yang bakal dilalui oleh saudara-saudara kami di sana..sesungguhnya engkau maha mengetahui..  

Saat ida menulis coretan ini..
airmata asyik bergenang dihujung mata..x tahu kenapa dan mengapa..
cuma jauh di sudut hati rasa marah..rasa tidak setuju..rasa pelbagai persoalan bermain diminda..
Walaupun ada pelbagai cerita yang dikeluarkan oleh media massa dan media elektronik..namun..kebenaran yang satu..hanya Allah yang lebih mengetahui.. 

Kita hanya mampu menyalurkan secebis doa buat mereka pejuang2 islam disana..

Minta maaf kerana terlalu terbuai oleh perasaan tidak enak ini..ida x dapat nak tumpukan dengan aktiviti seharian..kerana rasa bersalah pula bila pejuang kita yang bermati-matian berjuang di sana..
tetapi kita di semenanjung....sepertinya tiada apa-apa..

Walau apapun..
marilah kita sama-sama berdoa semoga keadaan akan kembali tenang secepat yang mungkin dan sedekahkan Al-fatihah kepada pejuang-pejuang kita yang gugur di sana..

Innalillah..  
 

No comments:

Post a Comment