February 25, 2015

MY STORIES DAN SET KURUS BAJET

Assalamualaikum..

Hari nie sibuk sangat kat office!! .. tapi best bila buat kerja x berhenti.. serius.. rasa halal rezeki seharian kat office ni haa.. hahaha... siapa pernah ada perasaan camni?..tapi betulla.. hari ni masuk je office x sempat nak letak beg lagi..dah ada student tunggu.

Memang macam ni rutin kerja eida.. Setiap kali Student Check in dan Check out.. memang eida yang paling sibuk mengalahkan menteri.... sila percaya okeh.. :P

So bila sibuk..biasala.. update status memang kelaut lah jawabnya.. Sampaikan makan pun x sempat uols.. rajin kan mak?..haha.. matilah kena keji pas ni... masuk bakul angkat sendiri.. haha.. makan tu x pe.. sanggup je.. sebab on diet katanya.. Tapi yang bestnya..langsung x rasa lapar.. malah sangat bertenaga.. tu yang syiok tu.. tanpa sedar lelemak pun burn!

Tahu kenapa eida cakap cam tu?.. sebab eida baru je consume set kurus bajet. sebenarnya dah x tahan sebab almost setiap hari dapat new testimoni dari produk nie.. so wajib la jadi testimoni jugak kan.. kata jual online! harusla iols pun turun kurus menawan.. hehe

Yang belum pernah tengok..this is the set..



Eida baru je betul-betul konsisten ambil produk nie minggu lepas.. tapi memang minggu pertama makan garlic tu..angin x berhenti-henti keluar.. naik malas dah nak ke toilet..hihi tapi memang best sebab lepas seminggu eida dah okay.. agaknya semua angin jahat dah keluar..

Macam minggu nie.. eida start kerja hari Ahad tau.. sampai hari ni Khamis..almost everyday apa yang ida makan seharian hanyalah Mineral Coffee waktu pagi.. tengahari ambil nasi sup suku atau bihun sup..semua pun suku je dari portion biasa.. petang minum mineral coffee balik.. n in between that kalau dahaga minum Bv Alfalfa.. yang anehnya memang kenyang jew.. malah bertenaga tau..

Siapa yang kenal eida tahu eida ni cam na lasak dan packnya aktiviti seharian.. sebab lepas office hour..eida akan keluar jumpa partner atau biz appointment.. paling tidak pun mungkin COD..
Malah..kalau x de hal biz.. eida buat baking pulak as a part time...then kalau x baking.. mesti ada je aktiviti ngan anak2..kalau x jogging g swimming or teman anak cycling.. memang jenis yang x reti nak duduk-duduk depan tv.. haha..

Cuba bayangkan macam mana keadaan kalau x makan dengan aktiviti yang macam ni?.. boleh pengsan tau!.. tapi sejak ambil set kurus bajet nie.. eida rasa badan lebih sihat dan bertenaga tau!..

So untuk semua di luar sana yang nak kurus secara sihat.. eida rekomen sangat untuk ambil produk nie.. bukan untuk lariskan produk eida..lebih kepada nak share  betapa produk nie bagus untuk kesihatan kita dan sambil tu kita dapat turun berat badan.

So hari nie kalau ada yang nak cuba set kurus bajet nie boleh direct pm eida.. bagi rujukan dari blog eida akan beri extra diskaun!.. 

Loves,
EidaIdris


February 17, 2015

PELUANG


Assalamualaikum..

Semalam ada seseorang pm eida di Facebook. 
Bertanya pasal biz. katanya seronok bila tengok eida dan team buat biz. nampak mudah dan fun!.

Sebenarnya..bisnes nie sememangnya seronok dan Fun bila kita tahu cara..just buat santai-santai sahaja..bonus sepastinya bermula dari 4 angka!..Sejujurnya eida belum pernah terputus bonus sejak bermula buat biz nie dua tahun yang lalu.. setiap bulan pasti ada habuan buat kita setanding dengan usaha kita..

USAHA??

Mesti ramai yang akan kata, ye la tu.. usaha laa sangat!! paksa orang masuk bisnes la tu.. kan biz MLM.... kan?? betul x?..
Tapi sejujurnya..bisnes nie x sama macam yang korang fikirkan.. So far sepanjang eida buat biz.. eida x pernah lagi nak PAKSA ORANG MASUK ATAU PAKSA ORANG BELI PRODUK EIDA.
Apa yang eida buat hanya berkongsi sahaja.. 

BERKONGSI??

Ya betul..anda tidak salah baca.. 
Di GLAM..kami dilatih supaya berkongsi kebaikkan produk dan berkongsi kelebihan bisnes. itu sahaja..kami juga berkongsi dengan semua testimoni yang kami perolehi daripada pelanggan..dan kami berkongsi kegembiraan kami sebagai glampreneur..dan cara kerja kami.

GLAMPRENEUR??

Ramai yang bertanya ida..di Facebook dan juga di Instagram.. apa kah maksud GLAMPRENEUR.
Glampreneur bermaksud usahawan GLAM. apa pula itu GLAM?
Glam bermaksud Green Leaders Academy Malaysia. Dan kami adalah usahawan Hai-O yang bernaung di bawah bimbingan akademi ini. Melalui akademi ini sudah lebih dari 10 orang leaders yang berjaya dilahirkan sejak tertubuhnya ia 3 tahun yang lalu..


Gambar pertama as glampreneur.. 
attended my very first seminar

Sejak dari hari pertama eida memulakan bisnes ini..pemimpin sentiasa ada disisi.. Mereka ibarat Mentor kita didalam Bisnes ini. Apa yang dapat eida kongsikan..eida x pernah menyesal kerana memilih bisnes ini 2 tahun yang lalu.. kalaulah waktu itu eida tidak nampak peluang ini..alangkah ruginya eida. WALAUPUN PELUANG YG DATANG TU KECIL DAN TIBA-TIBA..tapi alangkah ruginya kalau eida hanya biarkan peluang itu berlalu dan pergi.



Sekarang makin hari makin seronok buat biznes.. dari seorang diri waktu mula-mula dulu sampaila dah berkumpulan sekarang. Now makin jelas nampak halatuju bisnes. Bisnes juga jadi makin mudah bila kita buat dalam kumpulan.
Hari ini..eida ingin mengajak anda semua yang sama seperti eida dulu..yang ada masalah kewangan..yang mahukan side income..  yang tersepit dalam hutang dan teringin sangat nak ada saving.. bermulalah dari sekarang.. sepastinya anda pasti x kan menyesal..anda pasti berterima kasih kerana dipertemukan dengan biz hebat ini.

Bermulalah sekarang dengan Plan terhebat 1k plan.. eida akan tunjukkan anda jalan dan cara..untuk bagaimana anda berpeluang untuk mendapat BONUS pertama dari RM600 ++ sehingga RM5600++..



Berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami.. anda boleh hubungi eida untuk mendengar biz plan terlebih dahulu.


Jumpa anda di puncak kejayaan,



Eida
0164061454

February 16, 2015

GUIDELINE FOR NEW HOUSE INSPECTION

Assalamualaikum..

hi ols.. minta maaf ye sebab masih berhutang entry ngan korang..huhu..masalah utamanya x dapat hapdet blog sebab camera yang simpan gambar ada prob.. so kan x best kalau entry tanpa gambar..kan??..so minta maaf ye.. :)

hari nie eida nak hapdet sikit pasal inspection sebelum masuk rumah.. Teruja sangat kan bila kita dapat kunci rumah.. perasaannya tu lain macam sangat..kadang-kadang rasa lebih teruja dari nak kawen dulu..lol.. :P

Eida pun sebelum nie ada juga google-google cara nak check defect rumah..tapi macam ada je yang x memenuhi kriteria yang eida nak.. so nie hasil selidik yang eida buat.. hope dapat juga bantu orang lain nanti kalau pas dapat kunci dan nak buat inspection..

1.Peralatan apakah yang diperlukan

• Masking tape 
 - Pastikan yang bewarna cerah!.. putih atau cream tu la better

• Marker Pen 
- Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.

• Kertas A4 
 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

2.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air.


  •  Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
  • Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
  • Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
  • Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
  • Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
  • Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).
  • Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.


3.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik

  • On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik) tu satu persatu...
  • Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
  • Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
  • Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..

4.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
  • Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
  • Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
  • Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...

5.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci
  • Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
  • Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
  • Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
  • Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
  • Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
  • Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
  • Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..
6.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Grill besi atau Geriji
  • Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
  • Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
  • Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
  • Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..
  • Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..

7.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau ceiling (roof)
  • Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
  • Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
  • pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera...
  • Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
  • Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
  • Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...

8.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air
  • Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
  • Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
  • Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
  • Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
  • Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

Nie antara tips yang dapat eida kongsikan..hope dapat memanfaatkan orang lain jugak.. kepada sumber2 yang eida ambil dari internet minta di halalkan.. eida just catit apa yang eida rasa penting..

So apalagi..moh le kita inspect rumah kita.. nanti next update eida kongsi progress rumah pulak ye..


stay tune tau korang,
eida
0164061454