September 05, 2014

EKPERIMEN SAYA DAN KEK POPULAR

Assalamualaikum..

Seperti yang kebanyakkan korang yang sudah tahu..ida nie sebenarnya seorang bakers tegar sebelum berkecimpung di dalam bisnes premium beautiful ini...

Semenjak kebelakangan ini..terlalu ramai yang menghubungi ida untuk mendapatkan kek dari hasil kerja tangan mycakeshouse iaitu nama komersial ida semasa menjadi bakers dulu..

Bila permintaan kembali dan setelah memikirkan semua kastemer tetap ida dulu..telah membuatkan ida terfikir untuk membuat come back..dan sebagai langkah pertama ida ambil keputusan untuk upgrade ilmu terlebih dahulu..ida cuba untuk belajar sesuatu yang baru mengikut trend semasa pada hari ini..

Setelah diteliti..ida mengambil kelas rainbow kek..red velvet..tiramisu..pavlova and coklat indulgence sebagai permulaann..walaupun yang sebenarnya..ida sudah punya secret resepi sendiri dengan red velvet and tiramisu..ida tetap menghadiri kelas untuk membuat perbandingan dan penambah baikkan..

 


red velvet dr mr google!

Malangnya..setelah habis kelas..ida rasa menyesal..kerana kek yang ida pelajari sama sekali ..atau jauh sekali jika nak di bandingkan dengan kualiti dari mycakeshouse!! bukan mahu mendabik dada..cuma rasa terkilan itu masih bersisa sehingga hari ini..
tiramisu..thanks again mr google!

Ida asyik memikirkan bagaimana manusia pada hari ini begitu senang mencari duit lebih hanya dengan resepi mudah yang dicanangkan sebagai resepi hebat..hingga memanggil ramai orang untuk mempelajarinya..sungguh mudah untuk mencari duit..tetapi cubalah beri yang terbaik kepada pelajar yang bersusah payah mengeluarkan modal untuk datang belajar..sungguh ida tidak sangka dengan bayaran yang di bayar..bagi ida sungguh tidak berbaloi dengan resepi sebegitu..

apapun ini sekadar luahan rasa ida..tidak berniat mahu memperkecilkan atau menjatuhkan sesiapa..cuma meluahkan rasa di dada..apapun terima kasih kerana sudi memberi ilmu kepada ida...

Dan..setelah difikirkan..keputusan telah di buat..ida mengambil keputusan untuk menurunkan semua ilmu baking membaking ini kepada adik ipar ida sendiri..

Ida akan mempromosikan kembali kek kek di my cakes house..sebagai promosi awal..semuanya akan diberitahu kemudian..mungkin kelas juga akan menyusul..InsyaAllah..

Moga niat ida untuk menambah nilai dalam hidup orang lain juga di permudahkan oleh Allah..

Amin..