April 07, 2014

APRIL FOR ME

Assalamualaikum..

Ya Allah dalam x sedar april dah pun masuk hari ke tujuh hari ini.. kenapa laa masa semakin pantas berlalu meninggalkan kita..
pejam celik pejam celik 2014 dah menghampiri pertengahan tahun..sungguh sekejap kan..

Bulan april nie bulan istimewa untuk eida..kenapa eida katakan begitu?..kerana bulan nie terjadinya titik tolak bagi eida untuk buat keputusan besar dalam kerjaya..

Mungkin ada yang sudah tahu..selama hari ini eida adalah penjawat awam di salah satu jabatan kerajaan di pulau pinang..Syukur Alhamdulillah sudah hampir 10 tahun berkhidmat..

Tapi bermulanya 14 haribulan april nie eida akan mula bercuti tanpa gaji.sehingga julai 2014..

mesti ramai yang tertanya tanya kenapa ida memohon cuti tanpa gaji ini..

First eida nekad kerana anak-anak..pengorbanan ini untuk memastikan anak2 dapat perhatian yang sepatutnya dan eida nak cuba untuk menjaga anak-anak sendiri di rumah sambil menjalankan perniagaan yang eida dah lakukan sekarang..
Mohon semua doakan eida..

Niat untuk berhenti masih lagi 50/50..sebabnya banyak yang perlu eida fikirkan..cuma buat masa sekarang eida rasa ini keputusan terbaik..
Doakan eida ye sahabat sahabat..

Mohon semoga eida lebih ikhlas selepas ini..
Doakan semuanya lancar..mohon Allah limpahkan rezeki lagi buat eida dan keluarga..

Moga dengan sokongan semua eida dapat menjadi ibu terbaik buat anak-anak..jadi isteri terbaik buat suami tercinta dan moga dengan usaha eida hari ini akan membuka lebih banyak ruang buat ibu-ibu yang bekerjaya untuk menjadi Working At Home Mother..
InsyaaAllah..


Berminat untuk menambah pendapatan online.. carilah eida..kita boleh sembang panjang..
0164061454

2 comments:

  1. InshaAllah eida, niat yang baik akan di permudahkan. Amin!

    ReplyDelete
  2. wah bestnya kak eida..good luck to you my sis!

    ReplyDelete