May 04, 2015

The Regency Jerai Hill Resort. Unplan Trip!

Assalamualaikum..

Hari tu eida ada client from blog..order maharani 3 kotak..so eida fikir x yah la pos.. boleh hantar n jumpa skali ngan akak nie..

Kami janji untuk jumpa di RnR Gurun. Lepas jumpa tu sempat la sembang-sembang sket. Rupanya akak ni dah ambil Maharani dah bertahun-tahun. Dasyat kan.. boleh stick ngan produk yang sama bertahun-tahun.. produk baik mestila orang repeat order kan?.. Tapi sayang akak ni x nak ambil gambar ngan eida.. masih cantik lagi tau walaupun anak dah 5 orang githu..

So lepas hantar barang tu kami ambil susur keluar Gurun..mulanya nak patah balik ke Sungai Petani..tapi ternampak pula signboard ke Gunung Jerai.. terus ajak hubby melencong.haha.. sempat lagi tue..

Nasib mood En.suami cantik.. dia ok je.. so kami pun ikut je signboard. Rupanya dari susur keluar Gurun nak ke Gunung Jerai nie..senang je.. tak de la jauh mana.. tak sampai 15 minit dah sampai di kaki bukit.. So kami pun start la mendaki ngan Myvi kesayangan eida.. nasib tak naik Red Antz hari tu..kalau tidak memang tak la nak mendaki gunung bagai..hihi

Macam tak percaya kami daki gunung dengan kereta.. hahaha..perak betul eida..
Sampai je kat atas macam wahhhh.. tak sangka betul cantekk sangat gunung jerai nie.. cumanya x banyak aktiviti yang kita boleh buat di atas sana.

Kami sampai pun dah agak lewat.. lebih kurang pukul lima petang cam tu.. anak-anak merayu-rayu nak check in.. so eida just pergi tanya di kaunter..malangnya bilik memang dah fully booked. Next time kalau nak datang kena plan laa..

Apa yang best kat atas ni kan view nya lah.. kalau cuaca cantek kita boleh nampak separuh dari negeri kedah dari atas sini tau.. macam Pantai Merdeka.. Sawah Padi dan banyak lagi laa.. Tapi masa kami kat atas pengawal tu cakap kat bawah hujan..so agak berkabus.. tapi puas hati jugak.. sebab kami berpeluang naik buggy hari tu..bukan selalu tau dapat ronda-ronda kawasan dengan buggy..biasanya in house client je.. So agak lucky hari tu..



Seronok dapat naik buggy!!.. 

Dan nie antara gambar yang eida sempat capture..





Berlari-lari macam cerita hindustan githu.. almaklumla..memang sejuk je cuaca.. budak-budak memang nampak suka sangat datang sini.










Next time nak datang lagi.. nak bawa mak ngan mak mertua pulak..
Kami turun dari gunung Jerai dalam kul Lapan malam..kawasan dah gelap sangat.. agak misteri jugak turun gunung time macam tue.. sebabnya hanya kereta kami je sebijik di tengah-tengah hutan tue.. mulalah nk fikir macam-macam..hoho..

Apapun kami selamat sampai di kaki gunung dengan jayanya..:) Apa yang eida boleh katakan..Gunung Jerai sangat cantik dan sesuai untuk aktiviti keluarga..malah untuk merehatkan minda pun okay.. Yang berminat nak pergi..ni alamatnya ..


The Regency Jerai Hill Resort
Jalan Kaki Bukit,
Lebuhraya Gurun, 08300 Gurun
Kedah Darul Aman
Tel : 044667777
Fax : 044667778

Kami terus ke Kuala Perlis lepas tu..nanti eida cerita di lain entry okay..

So stay tune ya..

Loves,
Eida


No comments:

Post a Comment