July 31, 2018

Set Kurus Kombo : Minkaffe, ShakeMe dan Nlicious

Assalamualaikum,

Ya Allah berzaman dah rupanya eida tak tengok langsung blog ni. Kesian dibiarkan kesunyian.

First of All rasa bersyukur sangat dengan apa yang Allah aturkan untuk perjalanan hidup sejak kebelakangan ni. Sungguh kata orang, dalam kesulitan yang kita rasa sebenarnya tersembunyi seribu kebaikan yang hanya Allah sahaja tahu.

Okay biarla yang berlalu kita biarkan berlalu, sekarang masa untuk eida kembali focus dan teruskan hidup dengan lebih bahagia lagi InsyaAllah..

So hari ni eida nak share salah satu produk yang tengah in kata budak budak baru nak up githuuu.. haha.. kalau siapa yang friend dengan eida di facebook pasti perasan sekarang #setkuruskombo sesaje yang lalu kat new feeds kan?.. Bukan saja-saja tau eida promote set ni tapi memang sekarang tengah hot sangat set kurus kombo ni sebab berkesan sangat-sangat. Ramai yang dah mula perasan set ni buat kita kurus secara semulajadi, sebab tu ramai yang nak cuba.

Bagi yang belum tahu meh nak cerita sikit apakah set kurus kombo ni ya. Dalam set ni ada kombinasi 3 produk iaitu Minkaffe, ShakeMe dan Nlicious. Setiap produk nie ada fungsinya masing-masing dalam mempercepatkan proses pemecahan lemak dan memberi tenaga biarpun proses penyingkiran lemak sedang berlaku.

Jom eida uraikan satu persatu kelebihan setiap produk ni ya :)

Minkaffe

- satu-satunya kopi yang mengandungi garam buluh.
- membekalkan lebih 70 mineral kepada badan kita
- mempunyai sumber magnesium yang tinggi
- paling menarik minkaffe tidak mengandungi gula tambahan

ShakeMe

- Membekalkan protein serta mengandungi Kalori yang sangat rendah iaitu 90kCal sahaja.
- Membekalkan kalsium, magnesium dan diperkaya dengan L-Carnitine, Vitamin dan Mineral.
- Mempercepatkan pembakaran lemak, meningkatkan metabolisma badan, membekalkan amino asid untuk pembentukan otot

Nlicious

-Sejenis minuman enzim yang dirumus khas daripada 118 jenis buah-buahan dan sayur sayuran terpilih.
- membantu proses pencernaan dan penghadaman
- Bertindak sebagai antioksidan
- Meningkatkan antibodi badan
- Mengurangkan risiko kanser
- Mengelakkan Obesiti dan penuaan

Kat sini eida letak sekali testimoni yang dah berjaya selepas ambil set kurus kombo ni kay..Sambil-sambil baca bolehla cuci mata sekali kann.. :)




Siapa yang belum cuba tapi nak sangat turunkan berat badan dengan cepat dan selamat, eida memang saran sangat untuk ampa mulakan dengan set kurus kombo nie.. Set kurus kombo ni dah la jimat, murah, malah berkesan dan selamat sangat.

So jangan tunggu lagi tau.. order ngan eida sekarang untuk harga yang paling jimat.



Salam sayang,
EidaIdris
0164061454

July 06, 2017

FREE TRIP : KOREA




Sejak company umumkan next free trip adalah Korea..tak tau napa rasa macam dah sampai pulak. Hihi.. memang la dulu eida pernah qualify trip ke korea juga..cumanya..kali ni akan pergi time winter. tu yang rasa membuak-buak nak pergi lagi.

InsyaAllah trip kali ni eida rasa company akan bawa lebih ramai lagi dari sebelum nie. Memang beruntung kan kami yang buat bisnes dengan Sahajidah Hai O Marketing nie?.. Dah la buat bisnes pun part time je..Bonus dapat..Untung runcit asing pastu ada pulak insentif istimewa macam nie.. memang rasa macam bertuah sungguh lah.

Eh..cakap pasal bertuah nie.. sebenarnya usahawan yang baru bermula pun bertuah juga tau.. sebabnya untuk trip macam nie..semua pun ada peluang untuk dapat tak kiralah yang baru buat atau yang dah lama..

So korang yang baca, or kebetullan terbaca blog eida nie pun..kalau nak pergi juga ke korea percuma bolehlah contact eida. Nanti eida share caranya macam mana. Setiap hari ada je rakan kongsi baru yang mendaftar tau.

Yang nak tunggu dan lihat pun boleh. tak ada salahnya.. cuma nanti dapatlah tengok gambar kami main salji kat korea :)

Jap lagi eida kongsi kan gambar time eida ke korea hari tu.. saja nak imbau kenangan.. :) 




Bagi yang nak join eida pergi percuma nah contact number eida 0164061454. 

Jangan lupa call tau korang!


TESTIMONI : PREMIUM BEAUTIFUL

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya biarkan kedai eida ni berhabuk kan. sorry uols..betul-betul tak sempat pun nak menulis.. Lately ni eida busy sangat sebab baru je berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah semua urusan pindah dah selesai..nanti InsyaAllah eida share pasal rumah pulak k.

Dah lama tak kongsi pasal korset premium beautiful kan?.. Sejak ada promosi nie..memang ramai kekakak kita yang serbu beli tau.. ada yang sekali beli terus 2 set. Permintaan korset premium beautiful ni sentisa melambung lambung lah.

Alah membeli menang memakai katanya.. Dah la ada superbrand pastu lifetime warranty pulak..siapa yang tak jatuh cinta kan? sebab tu best sangat berniaga korset ni...

So hari ni dah alang-alang eida nak kongsi beberapa testimoni baru dari team kami. uols jangan tak percaya tau..ada kekakak dah macam anak dara tau.. semuanya hasil bila pakai korset premium beautiful secara konsistan.. :)

Meh kita tengok mak and bini sapa nie cun sangat!.. :








Semua nie real transformation dari client tau. So jangan tunggu lagi.. nak cuba or nak risik-risik boleh jer cari eida. 

Yang pasti kena beli dari #premiumbeautifulexpert tau.


Whatsapp/pm/mesej/call 

Eidaidris
0164061454


December 09, 2016

BUSINESS : BONUS DAY

Assalamualaikum,

Setelah berlalu babak sedih beberapa hari lepas.. hari nie muncul matahari pulak... :P 


Eida rasa kalau baca tajuk pun dah tau napa yang eida happy sangat hari nie kan? hehe..okay hari ni is our BONUS day.. our bisnes pay day..

Syukur sangat2 sebab masih dimurahkan rezeki dalam bisnes online nie.. syukur sebab walau ada masanya turun naik tapi eida masih di sini.. setia..malah makin hari makin meningkat bonus setiap bulan.

Sebagai tanda bersyukur..eida nak sangat kongsi peluang bisnes nie dengan 5 orang yang betul-betul mahukan pendapatan tambahan atau yang betul-betul mahu cari duit poket. Bagi peluang pada diri untuk cuba bisnes ini. InsyaAllah eida akan bantu anda.

Jom whatsapp eida atau boleh tanya eida anything pasal bisnes okay. 0164061454.

Eida sayang korang sebab tu nak juga share ngan korang peluang cari duit tepi nie..! Moga-moga bulan depan kita sama-sama merasa BONUS besar!


December 06, 2016

HIDUP DAN BAHAGIA

Salam korang..

Eida dah lama tak tulis blog..

kebelakangan nie..ntah kenapa rasa cepat sangat tertekan walaupun hanya sebab yang remeh temeh. Adakah itu petanda usia makin banyak?.. masih lagi tertanya-tanya nie.. :)

Sebenarnya ada masalah melanda..tapi macam biasa.. kita perlu harungi biarpun kita suka atau pun tak.

Baru-baru nie ada terbaca dari seseorang mengenai persoalan tentang hidup dan bahagia.. ida suka jawapan yang beliau jawab..so here ida catitkan untuk diri sendiri juga..

"Ada ramai manusia yang selalu merungut dengan nasib diri..malah selalu melihat kebahagiaan orang lain sepertinya mereka tiada masalah.. kelihatannya sangat gembira dan bahagia."

Jawapannya ini membuatkan eida sendiri tersedar..

Sesungguhnya "Bahagia itu bukan dengan SIAPA kita akan bahagia. Bukan dengan HARTA dan KECANTIKKAN yang akan buat kita bahagia.. Malah BAHAGIA ITU DATANG DARI DIRI KITA SENDIRI DAN SUBJEKTIF.

Bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada..itulah bahagia yang sebenar-benarnya. Andai kita susah dan tiada orang yang sayang sekalipun..kita harus ingat..kita masih punya Allah yang sentiasa sayangkan kita.. dan tidak akan tinggalkan kita.

Kalau Diri sendiri tidak bahagia bagaimana kita mahu bahagiakan orang di sekeliling kita.

Bahagia itu kita boleh CIPTA jika kita mahu..malah bahagia itu akan datang dengan sendiri.

Pokok pangkalnya.. cari dalam DIRI SENDIRI.

Besar pengertiannya.. Eida suka..dan sebab tu eida ambil untuk motivasi diri sendiri.
Moga lepas nie kita semua akan lebih bersemangat dalam mengharungi ujian dalam hidup. JOm buka lembaran baru dengan selalu mengingati Allah...kerana disitu ada kata kuncinya. :)