June 18, 2013

TIPS BERJAYA

Salam..

Eida sebenarnya sangat berkobar-kobar nak update pasal celebration my mummy Shaliza Aziz yang baru naik pangkat tertinggi dalam bisnes bebaru nie iaitu Crown Diamond Manager..tapi handfhone problem..so x dapat nak upload gambar..so kena tunggu entry tertunda lol..:P

So hari ni eida nak share beberapa perkara untuk menjadi jutawan..sebahagian daripada list nie memang dah ada dalam GLAM..beruntunglah ahli GLAMpreneurs..sbb dapat ilmu pon free..so let"s checking!!
 1. Yakin Dengan “Pelaburan Ilmu” - Jangan kedekut melabur duit untuk belajar ilmu baru terutamanya ilmu-ilmu yang boleh meningkatkan kerjaya dan
bisnes.

2. Percaya Pada Ganjaran Usaha - Apabila berlaku perkara negatif atau kehilangan sesuatu, yakin dan percaya bahawa Tuhan pasti menggantikan ganjaran yang lebih baik. Dalam setiap kepayahan, pasti ada kesenangan. Belajar untuk melihat hikmah ALLAH di sebalik kejadian adalah ciri-ciri orang berjaya dan berfikir luar biasa.

3. Dugaan Adalah Penyuci Dosa - Apabila berlaku perkara negatif, jangan cepat menyalahkan orang lain. Cari kesilapan diri sendiri...dan perbetulkan.

4. Pilih Mentor yang Betul - Untuk berjaya dalam bisnes, wajib berguru dengan mentor yang sudah berjaya dalam bisnes dan pakar di dalam industri. Pilih mentor yang dapat membimbing kita dengan ilmu, sistem dan tindakan yang betul supaya proses kejayaan menjadi lebih pantas.

5. Solat “Penarik Rezeki” - Selain menjaga solat fardu, solat dhuha adalah kunci kepada pintu rezeki. Setiap kali selepas solat, doa dengan bersungguh-sungguh dan minta dengan Tuhan apa yang kita inginkan dengan spesifik. Fokus di dalam solat dan doa menjadi pembuka rezeki dan memudahkan jalan
dalam urusan harian seterusnya setiap matlamat lebih mudah dicapai.

6. Benci Pada Sikap Terhegeh-hegeh - Sikap lambat untuk membuat tindakan adalah antara punca kegagalan yang tidak berkesudahan.

7. Kekayaan Di Bawah Tapak Kaki Ibu - Hubungan yang baik dengan ibu bapa akan membuatkan proses kejayaan menjadi lebih lancar. Jika hubungan renggang, perbaiki segera hubungan dengan mereka dan sentiasa menggembirakan
hati mereka. Ceritakan serba sedikit apa yang kita lakukan dan mohon mereka mendoakannya. Doa ibu mempunyai rahsia tersendiri dan sungguh mustajab.

8. Biar Kecil, Asal Berhasil - Bermula sedikit dan kembangkan menjadi besar. 
 9. Tangguh Kepuasan Diri - Wujudkan satu ‘peti besi’ yang isinya adalah simpanan untuk keinginan kita. Kunci rapat-rapat peti besi tersebut dan disiplinkan diri untuk tidak membukanya. Dikhuatiri apabila kita membukanya
di peringkat awal perniagaan, kita akan terdorong membeli simbol-simbol kemewahan di kala perniagaan kita masih belum kukuh tapak dasarnya. Apabila perniagaan sudah betul-betul stabil, buka peti besi tersebut dan penuhi keinginan kita secara cermat dan mengikut pengurusan kewangan yang betul.

10. Bukan Sekadar Jutawan Dunia - Apabila diberi rezeki oleh Allah, utamakan terlebih dahulu aset-aset untuk kehidupan selepas mati. Setiap sen adalah amanah dari Allah. Buktikan kepada Pencipta kita merupakan pemegang amanah yang baik, yang sentiasa menyalurkan limpahan rezeki ke arah
jalan-Nya.

11. Guna Strategi Luar Kotak - menggunakan konsep reverse strategy. 

12. Kaji Permintaan Terlebih Dahulu dan
berusaha mencipta permintaan pelanggan dan membuat kajian terperinci tentang produk.
 
13. Berpegang Teguh Pada Prinsip- Apabila menetapkan matlamat mahu berjaya di dalam perniagaan ini, tetapkan pendirian dan jangan mudah terpengaruh
dengan kata-kata negative..cacian ..dan sindiran yang mahu menjatuhkan kita. 
 14. Salah satu kesilapan usahawan yang baru mengecapi kejayaan adalah mudah teruja dengan peluang-peluang bisnes lain menyebabkan mereka hilang tumpuan.
Jom kita sama-sama praktikkan..semoga usaha kita selama ini dipermudahkan dan diberkati..Apapun eida percaya..dengan niat yang betul dan ikhlas pasti usaha kita membuahkan hasil..InsyaAllah..

Dalam GLAM sendiri kami telahpun praktikkan hampir semua yang dinyatakan di atas..kalau anda percaya..kami lebih lagi mahu membantu..mari kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah..

Berminat?..boleh cari eida untuk penjelasan dengan lebih details..
0164936317

No comments:

Post a Comment