March 17, 2016

RESEPI : SUP DAGING SEDAP

Assalamualaikum.

Semalam sebelum balik kerja mak call minta belikan Sup Daging. So plan lepas je scan out kena terus gerak sebab risau jalan jem. Tapi sedih sebab kedai tutup pulak masa tu.

Then bergegas balik..Jambatan pulak jem..dalam dok fikir nak beli mana tetiba dapat idea buat je la sup tu..nanti ramai-ramai boleh hirup!

So terus singgah kedai barang basah.. sebab semalam semua puji sedap punya pasal tu yang terus nak share resepi kat sini..hikss

Jom kita tengok bahan-bahannya :

1/2 kilo Daging Batang Pinang dipotong nipis-nipis
5 biji ubi kentang dipotong 4
segenggam daun sup dipotong besama batang
8 tangkai cili padi
3 biji limau nipis
sedikit bawang goreng

sedikit minyak untuk menumis

*2 sudu kecil  jintan putih 
*2 sudu kecil jintan manis
*3 Inci Halia
*5 biji bawang merah
*3 biji bawang putih

- * semua tumbuk sampai lumat! dan tumis bersama bahan-bahan dibawah.

2 batang kulit kayu manis
8 ke 10 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit bunga cengkih

- Tumis sampai naik bau wangi semerbak
- Masukkan Daging.. biarkan tergoreng seketika
- Masukkan ubi kentang

-Masukkan air dalam 8 cawan dan biarkan mereneh sehingga daging dan kentang lembut. biarkan mendidih ganazzz...

selepas daging dan kentang lembut boleh tutup api.

Kemudian baru masukkan garam dan sedikit gula. Rasakan ikut kesesuaian tekak masing-masing ya..Last baru masukkan cili padi yang telah diketuk bersama daun sup dan bawang goreng tadi.

Then boleh hidang!

Alhamdulillah semalam mak suka. So next time boleh buat lagi.. hihi.. okay uols selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment