November 08, 2009

spongebob ker??


salam..

kak faridah dari unit kemasukkan minta saya buat kapkek choc moist dan di deco dengan spongebob untuk menyambut ulangtahun kelahiran anaknya yang kedua....untuk order ini saya rasa sangat mencabar kerana pada masa yang sama anak dan saya sendiri tidak begitu sihat..terus terang saya katakan saya tidak begitu mahir dalam merealisasikan sesuatu watak tetapi sedaya upaya saya cuba memenuhi tuntutan daripada pelanggan ( saya masih belajar..dan sememangnya practis make perfect kan!!) saya amik masa kira2 3 jam untuk saya menyiapkan lukisan yang x sberapa ini..ermmm.... walau bagaimanapun saya rasa sangat seronok kerana diberi peluang ini...

untuk baby nur bahiyah saya doakan semoga menjadi anak yang solehah dan sihat slalu ye sayang!!!...


November 03, 2009

Promosi lagik!!!

Khas untuk hari raya Aidil Adha Simple Coklat moist kek hanya RM13 jer..saiz 6"
Order dibuka sampai akhir tahun ini sahaja...

promosi orang kawenn..weee...:)

promosi datang lagi..kepada bakal2 pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan dan mencari2 budjet doorgift disinilah tempatnya..:

Package RM1.20
Minimum order : 600bj
Jenis kek : butter kek
Perasa : orange atau vanila

atau

Jenis kek : choc moist
*simple deco with buttercrean
* individual packing (Dome atau kotak silver atau gold dan kotak plastik jernih)
*saiz 9 ( paper cup)
atau

Package RM1.00
Minimum order : 1000bj
Jenis kek : butter kek/choc moist
*plain kek
*packing with individual packing (kotak plastik jernih atau kotak silver/gold )
*saiz 9 (paper cup)

October 01, 2009

choc moist with fresh strawberi


choc moist cake
fresh cream



saya agak kelamkabut sewaktu saya deco kek nie sebenarnya..saya kesuntukkan masa kerana order nih diterima agak last minit..rasanya selepas beberapa peristiwa yang menyebabkan saya kelamkabut..membuatkan kek yang dideco saya agak katun..tidak kemas..saya telah membuat keputusan tidak akan terima order sekiranya order itu di buat kurang daripada 3 hari..sukar untuk saya merancang masa kerana saya sekarang tinggal di rumah emak di kampung yang mana agak sukar untuk saya mendapatkan barang kek dan beberapa keperluan untuk mendeco... jd kepada semua kastemer yg saya kasihi tolonglah order awal yerk..
dan order ini datangnya daripada seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Dato' Hj Mohamad Noor Ahmad Gelugor untuk suaminya..kepada tuan empunya badan yang menyambut hari lahir..saya juga mengucapkan slamat hari lahir..semoga panjang umo dan dimurahkan rezeki...

kek raya


choc moist cake
fresh cream
coklat ganache
Pertama skali saya ingin mengucapkan slamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung dan pelanggan yang pernah..telah..dan akan order daripada sya..sebagai manusia biasa saya tidak mungkin terlepas daripada melakukan kesilapan..so kepada sesapa yg pernah tersinggung dalam apa jua cara saya terlebih dulu saya memohon maaf..
dan entry kali nih lebih kepada order untuk hari raya yang lepas..walaupun x banyak order yang saya terima tapi kesibukkan untuk penyediaan hari raya untuk family sendiri sudah cukup memenatkan saya.......dan yang sedihnya disebabkan terlalu sibuk saya terlupa nk amik gambar..tapi saya sedang cuba mendapatkan gambar daripada pelanggan saya..insyaallah klu dapat saya akan upload dalam masa terdekat..
okeh..ini satu2 nya gambar yg saya amik..layan jer la..design yang simple untuk hari raya..