February 17, 2015

PELUANG


Assalamualaikum..

Semalam ada seseorang pm eida di Facebook. 
Bertanya pasal biz. katanya seronok bila tengok eida dan team buat biz. nampak mudah dan fun!.

Sebenarnya..bisnes nie sememangnya seronok dan Fun bila kita tahu cara..just buat santai-santai sahaja..bonus sepastinya bermula dari 4 angka!..Sejujurnya eida belum pernah terputus bonus sejak bermula buat biz nie dua tahun yang lalu.. setiap bulan pasti ada habuan buat kita setanding dengan usaha kita..

USAHA??

Mesti ramai yang akan kata, ye la tu.. usaha laa sangat!! paksa orang masuk bisnes la tu.. kan biz MLM.... kan?? betul x?..
Tapi sejujurnya..bisnes nie x sama macam yang korang fikirkan.. So far sepanjang eida buat biz.. eida x pernah lagi nak PAKSA ORANG MASUK ATAU PAKSA ORANG BELI PRODUK EIDA.
Apa yang eida buat hanya berkongsi sahaja.. 

BERKONGSI??

Ya betul..anda tidak salah baca.. 
Di GLAM..kami dilatih supaya berkongsi kebaikkan produk dan berkongsi kelebihan bisnes. itu sahaja..kami juga berkongsi dengan semua testimoni yang kami perolehi daripada pelanggan..dan kami berkongsi kegembiraan kami sebagai glampreneur..dan cara kerja kami.

GLAMPRENEUR??

Ramai yang bertanya ida..di Facebook dan juga di Instagram.. apa kah maksud GLAMPRENEUR.
Glampreneur bermaksud usahawan GLAM. apa pula itu GLAM?
Glam bermaksud Green Leaders Academy Malaysia. Dan kami adalah usahawan Hai-O yang bernaung di bawah bimbingan akademi ini. Melalui akademi ini sudah lebih dari 10 orang leaders yang berjaya dilahirkan sejak tertubuhnya ia 3 tahun yang lalu..


Gambar pertama as glampreneur.. 
attended my very first seminar

Sejak dari hari pertama eida memulakan bisnes ini..pemimpin sentiasa ada disisi.. Mereka ibarat Mentor kita didalam Bisnes ini. Apa yang dapat eida kongsikan..eida x pernah menyesal kerana memilih bisnes ini 2 tahun yang lalu.. kalaulah waktu itu eida tidak nampak peluang ini..alangkah ruginya eida. WALAUPUN PELUANG YG DATANG TU KECIL DAN TIBA-TIBA..tapi alangkah ruginya kalau eida hanya biarkan peluang itu berlalu dan pergi.



Sekarang makin hari makin seronok buat biznes.. dari seorang diri waktu mula-mula dulu sampaila dah berkumpulan sekarang. Now makin jelas nampak halatuju bisnes. Bisnes juga jadi makin mudah bila kita buat dalam kumpulan.
Hari ini..eida ingin mengajak anda semua yang sama seperti eida dulu..yang ada masalah kewangan..yang mahukan side income..  yang tersepit dalam hutang dan teringin sangat nak ada saving.. bermulalah dari sekarang.. sepastinya anda pasti x kan menyesal..anda pasti berterima kasih kerana dipertemukan dengan biz hebat ini.

Bermulalah sekarang dengan Plan terhebat 1k plan.. eida akan tunjukkan anda jalan dan cara..untuk bagaimana anda berpeluang untuk mendapat BONUS pertama dari RM600 ++ sehingga RM5600++..



Berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga kami.. anda boleh hubungi eida untuk mendengar biz plan terlebih dahulu.


Jumpa anda di puncak kejayaan,



Eida
0164061454

February 16, 2015

GUIDELINE FOR NEW HOUSE INSPECTION

Assalamualaikum..

hi ols.. minta maaf ye sebab masih berhutang entry ngan korang..huhu..masalah utamanya x dapat hapdet blog sebab camera yang simpan gambar ada prob.. so kan x best kalau entry tanpa gambar..kan??..so minta maaf ye.. :)

hari nie eida nak hapdet sikit pasal inspection sebelum masuk rumah.. Teruja sangat kan bila kita dapat kunci rumah.. perasaannya tu lain macam sangat..kadang-kadang rasa lebih teruja dari nak kawen dulu..lol.. :P

Eida pun sebelum nie ada juga google-google cara nak check defect rumah..tapi macam ada je yang x memenuhi kriteria yang eida nak.. so nie hasil selidik yang eida buat.. hope dapat juga bantu orang lain nanti kalau pas dapat kunci dan nak buat inspection..

1.Peralatan apakah yang diperlukan

• Masking tape 
 - Pastikan yang bewarna cerah!.. putih atau cream tu la better

• Marker Pen 
- Warna merah pun ok. Senang nampak tulis nombor dan problem atas masking tape.

• Kertas A4 
 - Tulis kan senarai kecacatan atau defect itu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari.

2.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Air.


  •  Pastikan meter air ada dan berfungsi. Semua kepala paip, shower tu dan benda-benda yang sewaktu dengannya ada.
  • Tutup semua kepala paip, pastikan sambungan betul dan tiada yang tercabut/longgar.
  • Buka pili air pada meter dan biarkan air masuk ke dalam tangki sampai penuh. Kalau rajin boleh pergi panjat tengok tangki dulu.
  • Bila air dah penuh dalam tangki pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti, kalau tidak kemungkinan paip bocor sebelum sampai ke tangki.
  • Check air kat semua bilik air. Test satu persatu.
  • Drain pipe untuk aircond. Kena test masukkan air, takut tersumbat atau mungkin di tipu (paip tak sambung setakat gimmick je).
  • Mangkuk tandas kena test juga. Kalau air tak lancar, kemungkinan terdapat lebihan simen yang dibuang kedalamnya oleh kontraktor terbabit.


3.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Elektrik

  • On kan main suis... kemudian on kan suis fius (suis yg kecik) tu satu persatu...
  • Test Soket 3-pin tu satu persatu... guna tester atau lampu tidur kecik tu pun bleh... so kita bleh tau mana satu yang problem..
  • Test semua suis kat rumah tu, pastikan tiada yang ketat atau tak leh nak tekan...
  • Ketuk kat tepi semua soket/suis.. pastikan depa dah simen tepi tu.. takut ada ruang kosong, next time mudah pecah..

4.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Jubin (Tiles)
  • Check satu persatu tile dalam rumah tu... kena ketuk, kalau bunyi kosong... pecahkan saja, minta pemaju tukar...
  • Kalau ader yang pecah sikit atau retak... minta tukar juga...
  • Kena check kat semua tempat, kat bawah sink/wash basin dan tempat tersorok...

5.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Pintu dan Kunci
  • Tukar semua kunci depan dan belakang...sebab keselamatan, maybe dah diduplicate..
  • Tukar pintu belakang, pintu plywood tu tak leh caya... guna kunci yang ok skit.. double lock & dead lock..
  • Kalau tak tukar main gate, make sure gate tu tak boleh diangkat/cabut pada ensel tu...
  • Pintu kat pagar belakang tu kena kunci, pasang padlock yang weatherproof... jgn simpan tangga kat belakang rumah...
  • Sliding door... pasang penyendal keselamatan besi/kayu panjang...letak pada rel sliding tu supaya tak leh tolak drp luar...
  • Gunakan padlock yang berkualiti, bukan pasar malam punya... nanti rosak haru pulak tak boleh buka..
  • Padlock yang baik seperti ABUS & ABLOY mahal sgt.. guna kan YALE, SOLEX atau setara pun ok..
6.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan Grill besi atau Geriji
  • Design ikut budget.. tapi mesti yang agak kukuh, sebab ada design yang guna besi halus jer, mudah dipotong nanti..
  • Kunci mesti double lock.. boleh tambah selak atau kunci daripada dalam...
  • Telinga ker apa.. untuk pasang padlock tu mesti kukuh kat joint dia.. kat situ yang paling tak secure, guna tukul jer dah tercabut...
  • Mounting ke dinding, terutama tingkap mesti kuat.. skru mesti cukup kuat, kalau boleh guna besi yang ditanam dan weld ke tingkap..
  • Kalau guna grill yang boleh dibuka/safety tu.. pastikan tak boleh dibuka drp luar... nanti mudah perompak pecah cermin dan buka..

7.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan bumbung, atap atau ceiling (roof)
  • Kalau boleh naik ler atas tu, try tengok apa yang ada... mana ler tau ada benda asing atau defect kat situ...
  • Time hujan lebat, atau hujan.. tunggu dalam rumah atau check kat siling.. selalu time hujan lebat jer bocor atap tu..
  • pastikan tiada atap concrete tu yang retak atau pecah atau sumbing.. minta depa replace segera...
  • Kalau boleh masuk atas siling, sambil tengok tangki air.. tengok sekali joint kayu yang support bumbung tu..
  • Pastikan kayu tu elok keadaannya dan sambungan betul... bukat kayu terpakai/rosak atau yang disambung-sambung...
  • Pastikan dinding memisahkan rumah sebelah proper keadaannya, tiada lubang dan tiada retakan...

8.Cara dan Tips mengesan kecacatan (defect) pada rumah berkaitan dengan tangki air
  • Kena naik atas siling, baru boleh check tangki air... yang penting tengok kekuatan support/penyokong kedudukan dia..
  • Tengok kat dalam tu, takut ada benda asing... masa install depa pakai letak jer.. bersihkan tangki air daripada kekotoran/batu/pasir...
  • Kalau ada plan nak install Outdoor filter, depa akan servis bersihkan tangki air sekali.. so, minta pakar yang settelkan...
  • Paip limpah tu kena check juga, kalu pelampung rosak, air tu pegi mana...
  • Nak lagi best, pasang air kat meter... pastu check air masuk kat tangki, baru tau camner tangki tu function...

Nie antara tips yang dapat eida kongsikan..hope dapat memanfaatkan orang lain jugak.. kepada sumber2 yang eida ambil dari internet minta di halalkan.. eida just catit apa yang eida rasa penting..

So apalagi..moh le kita inspect rumah kita.. nanti next update eida kongsi progress rumah pulak ye..


stay tune tau korang,
eida
0164061454

January 26, 2015

Teaser Throwback Weekend!

Assalamualaikum..

Dah lama x update blog..rasa kekok pula....hahaha..
so hari nie eida just nak kongsi aktiviti weekend eida baru nie..Dapat menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur macam x cukup masa sangat aturkan aktiviti.. memang padat..tapi penuh pengisian.

First pasal O group with my leader n second Class with all Glampreneur and third Bowling day!

So nie just macam teaser gitu..sebab ida akan cita kat 3 entry setiap satu..hew.hew.. penat la korang mengadap cita eida nanti.. :P

so stay tune ya korang..ngee



with Love,

eidaidris
0164061454

December 17, 2014

Set kurus yang paling berkesan


Assalamualaikum..

Kebanyakkan perempuan dalam dunia nie..memang suka pada kecantikkan..kalau boleh nak selalu nampak sempurna di mata pasangan..betul tak?.. actually eida pun x terkecuali.... benda utama yang paling eida risau ialah berat badan..cutting..and so on..Sangat susah hati bila rasa berat badan naik mendadak dan cutting dah x cantek lagi..

Tapi now dah x risau sangat.. sejak company keluarkan beberapa produk untuk penjagaan berat badan malah juga untuk menjaga kesihatan dalaman..eida rasa bersyukur sangat.. so today eida nak cerita more about this produk yang sememangnya dah famous di social media..especially Instagram.

Kalau di Instagram korang boleh search #setkurusbajet kalau nak tengok lebih banyak testimoni..sebab kat sini semuanya latest2 belaka..


Set kurus bajet nie ada tiga produk iaitu Garlic, Mineral Coffee dan BV ALfalfa. 



So kepada yang belum tahu..today eida just nak review sikit tentang produk nie k..

1) Garlic
- Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
- Menghalang pembekuan darah untuk mencegah berlakunya trombosis.
- Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
- Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
- Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
- Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.


2)Mineral Coffee
- Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
- Kaya dengan bahan mineral dan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
- Menghilangkan keletihan fizikal dan mental.
- Melegakan tekanan.
- Menyingkirkan toksin dalam badan 


3) Khasiat BV Alfalfa

- Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan. 


- Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.


- Mengalkalikan badan
Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Terutama kanser. Alfalfa membantu meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.


- Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan. 


- Mengurangkan haba badan yang berlebihan
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.


- Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.


Haaa...Sekarang dah x yah risau lagi dah.. dengan pengambillan set kurus bajet dan pakai Premium beautiful Corset secara konsistant InsyaAllah berat dan bentuk badan sentiasa dijaga...

Jom eida share beberapa testimoni yang dah berjaya capai target yang di inginkan....



 



Kepada yang nak mula berdiet..jom kita start dari sekarang..kalau tunggu sampai bila pun kita x akan mula.. kalau nak join our #gengdiet..boleh pm eida.. kita start dari cara permakanan dulu.. sebab berdiet bukan bermaksud x makan..cuma kita makan secara sihat..kurus akan datang kemudian.. :)


Thanks ya for drop by here!..love all of you!




Eida
0164061454

December 09, 2014

Raisyyah Rania @ Filixia Yeap on GLAM Pretty Woman


Assalamualaikum.. :)

Im so excited cause GLAM will conduct a very special event called GLAM PRETTY WOMEN this coming sunday. 
This beauty event collaboration both with Hai-O and Filixia Yeap @ Raisyyah Rania as our special guest.


All of you are also invited..!! just send to me your details to get free ticket worth RM50.

This is the details of the event :

Venue : GLAM Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur
Date   : 14 December 2014 (Sunday)
Time   : 8.30 am to 5.30 pm


So for this event you will get a chance to know more about our BEAUTY PRODUCT.


  • PREMIUM BEAUTIFUL CORSET (CLASSIC AND ELEGANCE)
  • MARINE ESSENCE
  • COZUMA
This is the great chance to mingle arround and get to know more about our team and product..

So..lets come and join us!..


Loves,
eida
0164061454