December 09, 2009

December 05, 2009

Its reana birthday!!!

Happy First Birthday to my beloved princess Nur Adreana Syafea..sebiji kek thousand cohocolate bersaiz 12" with princess barbie cake with fresh cream..Alhamdulliah majlis berjalan lancar walaupun kek x menjadi seperti yang saya rancangkan kerana terlalu banyak tempahan pada waktu yang sama..apapun majlis sangat sempurna dan seronok melihat my baby happy on that day!! Happy birthday again sayang..doa mama semoga adreana menjadi anak yang solehah..sihat selalu..dan pintar ye sayang...

pink theme!!




coklat moist cake + buttercream and fondant
RM75
Terima kasih buat Ida yang sudi tempah dengan mycakeshouse sempena majlis akad nikah beliau baru-baru ini..syukur x terhingga kerana tempahan x henti-henti kebelakangan ini sehingga mengehadkan masa saya dan sehingga terpaksa saya tolak beberapa tempahan..maaf saya pinta kerana saya memerlukan lebih dari 24 jam sehari jika mahu menambah lagi tempahan..syukur kehadrat ilahi dengan kurniaan rezeki ini..kepada semua pelanggan yang dikasihi saya minta sangat2 agar kalian boleh menempah sekurang kurangnya seminggu awal daripada tarikh majlis..ini kerana saya dapat melakukan sedikit research agar kualiti decorate saya lebih terjamin..maklumlah saya baru bertatih dalam bidang ini..
apapun..terima kasih buat ida skali lagi kerana memberi kepercayaan kepada mycakeshouse untuk melaksanakan kek perkahwinan beliau..



December 04, 2009

promosi raya korban


choc moist cake +filling and topping with coklat ganache+coklat grunch
RM13
Terima kasih kepada sumer yang sudi order ngan mycakeshouse sempena promosi bebaru nih..kepada puan faridah, kak santhi, kak shidah, fairus, masitah, eira, kak syada, mahfuzah, fitri, kak salmi, kak ain,staff lhdn, kak asiah dan kak zurina thanks sesangat okeh!
sebanyak 23 biji telah terjual walaupun pada mulanya saya hanya mengehadkan sebanyak 20 biji sahaja tetapi disebabkan permintaan yang agak menggalakkan saya gagahkan juga tambah lagi 3 biji..
apapun thanks skali lagi kepada mereka mereka yang telah berkali kali order dengan saya..syukur alhamdulillah...

thanks..



choc moist+coklat ganache+buttercream+gumpaste flower+insect figurine
Individual packaging
RM172.50
Syukur alhamdulillah...tempahan daripada Cikgu Wanie sebanyak 75 biji kapkek bertemakan ala ala garden nih berjaya juga saya siapkan walaupun saya agak kelam kabut beberapa hari sebelum due date tersebut kerana kesihatan anak saya yang kurang baik pada waktu itu.. memandangkan Cikgu Wanie da tempah beberapa bulan awal saya gagahkan juga menyiapkan order nie..sepanjang malam saya habiskan untuk mengeringkan itu fingurine...hahaha..inilah rutin seorang midnite baker...
Cikgu Wanie minta free design sebenarnya cuma saya yang mencadangkan tema ala ala garden nie kerana saya rasa tema ini sangat comel dan sesuai dengan ucapan thanks yang cik gu minta...
apapun terima kasih sangat kerana sudi tempah dengan mycakeshouse!..sangat senang deal ngan cikgu...:)
thanks..