May 07, 2014

CERITA DARI HATI

Assalamualaikum..

Sejak eida x masuk kerja office nie,..eida perasan something tau..
my anak teruna jadi sangat manja..

Tahu x..setiap pagi kalau dia terbangun n nampak eida kat sebelah..dia akan cepat cepat datang dekat..tarik tangan..suruh eida peluk dia..then nanti dia akan cakap..mama..x yah pegi keja eihh..mama peluk adik..lepas tu dia akan terlena balik dalam pelukkan eida..

touhcing sangat!
kadang-kadang sebak pon ada..sbb bila teringat time dulu..kalau eida dah pergi kerja..agaknya bila dia terjaga camtu apa laa yang dia buat?..apalaaa yang dia fikir..sedih kan..

kadang-kadang kita terpaksa tinggalkan anak-anak untuk cari pendapatan lebih..eida pon sama... tambah pulak ada hutang yang perlu di langsaikan..so nak x nak terpaksa juga kerja..nak bantu ringankan beban suami tercinta juga..

Mungkin kita x perasan..
anak-anak sebenarnya sangat perlukan kita disisi semasa mereka masih kecil..bila dah besar..mereka mungkin dah x nak lagi belaian dari kita..tapi dimana kita waktu diperlukan..

eida sendiri belum lagi betul-betul fulltime..cuma sepanjang masa eida bercuti nie..terlalu banyak benda yang buat eida terfikir untuk teruskan hidup sebagai fulltime biznes..

Ya Allah..saat eida menulis entry ini..airmata seakan tertahan-tahan jer..entah kenapa..banyaknya masa yang telah ida abaikan untuk anak-anak..mungkin dengan bertemunya eida dengan bisnes yang eida buat sekarang adalah jalan untuk eida?..

Walau apapun..eida bersyukur kerana pintu rezeki sentiasa ada buat eida..dan sesungguhnya ada benarnya..bila kita mahu lakukan sesuatu..pastikan apa sebenarnya niat kita..

adalah sangat penting untuk kita betulkan niat dahulu..kalau benar niat kita hanya untuk Allah..anak-anak, suami dan keluarga...insyaAllah pasti ada jalan rezeki yang melimpah ruah yang tidak pernah kita fikirkan..

Melalui biz ini..banyak yang eida pelajari..sesungguhnya rezeki Allah itu luas..yakin dan berpeganglah padanya..pasti ada rezeki buat kita..
yang penting harus ada usaha..

Moga keputusan eida hari ini akan mengubah seluruh kehidupan eida sekeluarga kearah yang lebih baik..
InsyaAllah..

untuk peluang biznes..boleh pm eida
0164061454

XoXo
LOVE


No comments:

Post a Comment