May 15, 2014

TENTANG HIDUP

Assalamualaikum

Lately nie..ada beberapa masalah yang berlaku dalam keluarga besar eida..ada perkara yang tidak di ingini berlaku..namun sebagai hambanya..bila kita redha dan ikhlas Allah pasti bukakan jalan..
Itu yang pasti..

Dan apa yang paling terkesan untuk eida..setiap kali kita ikhlas menolong orang lain Allah pasti berikan kita rezeki lebih dari apa yang kita jangkakan..hidup kita ini ibarat hukum karma..susunan nya cantikk..

Kadang memang membuka mata hata hati bila perkara sebegini terjadi pada diri sendiri..malah mengajar eida untuk lebih ikhlas dan redha dengan ketentuan dari yang maha esa..

Apa yang paling penting kita kena yakin dalam hati Allah pasti menolong hambanya yang sentiasa meminta dan yakin akan ketentuannya..

Pokok pangkalnya di sini eida cuma mahu kongsi..apa yang kita beri itulah yang kita dapat..berpegang teguh pada yang hak itu lebih afdal..

Membantu orang lain kadang kita sangka urusan kita tergendala..tapi sebenarnya bila kita ikhlas Allah telahpun aturkan sesuatu yang berganda lebih baik buat kita..semuanya berbalik kepada nawaitu kita lillahitaala..


eida
LOVE

No comments:

Post a Comment