June 04, 2015

PAYSLIP

Assalamualaikum..

Hari tu eida ada post status di facebook pasal payslip bisnes. Sudahnya ramai yang pm eida di Facebook dan Whatsapp bertanyakan tentang payslip BISNES.

Mereka pelik bagaimana bisnes online boleh memberikan payslip. Malah payslip yang laku pula di bank.

Laku yang eida maksudkan adalah..kita boleh memohon sebarang pinjaman dengan bank seperti pinjaman perumahan, kereta atau pinjaman peribadi juga. Bank memang terima payslip dari Hai O Marketing!.. itu kenyataan sebab eida sendiri dah cuba.

Dulu kami hanya ada sebiji kereta sahaja.. itulah satu-satunya kenderaan yang kami ada.. Tak pernah terfikir nak memiliki kereta lain..sebab memang x mampu.

Tapi bila buat bisnes premium beautiful nie.. Alhamdulillah.. Allah mudahkan... Selepas kurang dari setahun eida mampu membeli sebiji kereta MYvi.. dan yang paling seronok..Eida menggunakan payslip ini sebagai dokumen sokongan.

Dulu kalau beri payslip Kerja di USM nie. memang awal-awal lagi bank dah reject!..Sebab tu eida bertahan dengan bisnes nie.. semakin buat semakin sayang.. macam punyai kerja yang kedua pula.. :P

Itula Istimewanya bisnes nie. Semua orang berpeluang untuk kerja sendiri. Mahu berapa income kita yang tentukan.. Ibaratnya kita yang punya perniagaan sendiri.. rajin kita banyaklah bonusnya.

Ni antara contoh pendapatan eida.. mungkin ada yang rasa x sebanyak mana.. tapi bagi eida sendiri ini sudah lebih dari cukup.

www.eidaidris.com

www.eidaidris.com

www.eidaidris.com

Biasanya kalau dapat lebih bolehlah menyimpan.. kalau dapat kurang kita gandakan lagi usaha.. yang pastinya semua bergantung dengan diri kita sendiri.

Bisnes nie senang sebenarnya.. janji kita buat apa yang perlu. Tak susah dan yang bestnya kami buat dalam team. tapi bonus masuk akaun masing-masing. Cuma perlukan sekurang-kurangnya 2 jam sahaja untuk bisnes.

kalau mahu tahu lebih lanjut boleh pm eida ye.. InsyaAllah eida kongsikan dan terangkan dengan lebih lanjut lagi okay?..


Love,
Eidaidris.
0164061454

 

1 comment:

  1. Banyak coz mostly gaji bersih kurang dr ni. Ni dapat bantu improve ekonomi family :)

    ReplyDelete