July 15, 2015

8 TIPS ELAK BADAN NAIK LEPAS RAYA

Assalamualaikum!

Amboi..hampir sebulan biar blog berhabuk kau.. entah apa yang disibukkan sangat pun entahlaa.. hehe..

So hari nie eida nak shara beberapa tips yang korang boleh la ikut kalau nak.. kalau x nak pun kena jugak ikut.. ngeh..ngeh..

Tak nak badan naik lepas raya kan?.. masa bulan puasa kemain badan kau turun kan.. hiihi.. so marilah kita kawal napsu.. :P

So nah tips elak gemuk masa raya nanti!

1. Rileks.

Eh apehal pulak nak kena rileks..haruslaa..kita chill chill je pagi raya tu... so bila kita bertenang dan rileks so kita boleh la fikir kewajaran nak ambil makanan tu nanti.. ye tak?

2. Rancang

Seeloknya kita rancang dulu berapa buah rumah untuk hari tu.. so kita boleh agak banyak mana satu rumah yang kita nak makan. Ni memang perlukan kekuatan dalaman sikit.. bukan apa.. semua makanan confirm sedap!.. 

3.Mulakan dengan juadah utama dahulu

Bila ke rumah saudara atau jiran tetangga tu.. tengok dulu apa yang dihidangkan. Kalau boleh ambil makanan utama dahulu.. kemudian baru rasa desert atau kuih muih.. sekurang kurangnya kita dah kenyang masa tu.. so x terlebih makan nanti!

4.Makan dalam kuantiti yang sedikit.

Kalau boleh setiap rumah kita makan atau rasa je makanan yang di hidangkan.. dalam erti kata lain.. hanya makan untuk jaga hati tuan rumah.. kena sentiasa ingatkan diri kita ada lagi 18 buah umah lagi pas ni.. :P

5. Elakkan makanan berminyak

Kurangkan ambil apa-apa yang kita nampak terlebih minyak.. atau nak senang x yah makan langsung.. banyak lagi makanan lain yang kita boleh jamah kan.. so pandai-pandai tengok okay?

6.Kurangkan Karbo dan Lebihkan Protein.

Yang ni eida suka!.. so maksudnya di sini.. kalau orang hidang lemang or ketupat rendang.. kau ratah daging or ayam je laa.. ketupat or lemang kau buat x nampak je okay?.. kalau ada nasi dan lauk pauk.. kau ambil lauk pauk je.. hee..

7. Bawa bekal air

Bawa bekal air masak kita sendiri.. spare dalam kereta.. minum banyak air akan buat kita cepat kenyang.. kalau rajin bawa air detox kau sekali noks!! hehe..

8.Pakai Korset

Yang ni paling WIN okay.. hehe.. nak yang paling senang kau pakai je la korset!.. secara automatik kau akan makan apa yang sepatutnya je.. korset akan siap-siap warning kalau dah nak penuh.. Dan paling best.. body kau still terletak.. dan shape x lari nyah!..

Kalau berminat nak cuba boleh la call eida.. dah bersusun appointment time raya nanti.. suka eida sebab dapat bantu dan kongsi kelebihan korset nie!..

psstt: ada special promo kalau beli dalam bulan raya ni tau!!







Salam Lebaran,
Eida
0164061454


#rayasakanTDC
#TDCraya
#2015

June 23, 2015

PLAN KEWANGAN DAN IMPIAN

Assalamualaikum.

Ramai antara kita yang dah start buat saving sejak dari muda-muda dulu kan.. dan eida percaya masih ramai lagi jugak yang belum ada kesedaran untuk menyimpan nie.

Sama macam eida juga.. Bila dah masuk 3 series baru ada kesedaran sikit pasal kepentingan pengurusan kewangan ni, 
and eida ada target eida sendiri yang eida nakk sangat capai before 40.

So jom kita tengok apa target kewangan eida tu?.. :


1. HARTANAH.

Nak sangat ada rumah sendiri..yang dibeli sepenuhnya oleh diri sendiri!...  x nak yang share with husband ..sebab eida nak ada pelaburan sendiri dalam bidang ni.


2. SIMPANAN TETAP SETIAP BULAN.

Kalau boleh eida nakkk sangat ada satu amount tetap yang eida boleh simpan dan kumpul. Now pun memang dah mula saving..cumanya amount selalu berubah ikut keadaan. So eida target before 40 mesti nak kena simpan sekurang-kurangnya RM1k sebulan secara konsisten.



3.SIMPANAN 24 BULAN GAJI.

Eida nak buat backup sekurang-kurangnya 24 bulan gaji kat dalam akaun yang x boleh sentuh. Kiranya this saving akan digunakan untuk time yang betul-betul emergency je..



4. KERETA IDAMAN.

At lease eida nak ada sebiji kereta idaman yang memang untuk kegunaan diri sendiri. Witch is kereta yang betul-betul dari hasil berbisnes!



5. BEBAS HUTANG

Rasanya yang ni yang paling utama sekali!. Eida nak sangat bebas hutang before enter 40. InsyaAllah eida sedang ke arah itu. Dan sekarang kalau boleh dah tak nak tambah hutang baru lagi dah. Mesti nak settle semuanya secepat yang mungkin.


Nie antara lima perkara yang eida akan pastikan eida berjaya capai. InsyaAllah, dengan cara pengurusan kewangan yang betul dan business yang eida buat sekarang, eida yakin sangat!.. Moga Allah mudahkan hendaknya!.

Aamiin.. aamiin..


love,
eida idris
0164061454

June 16, 2015

PB Wonders Day


Alhamdulillah.. Semua yang dirancang telahpun selamat berlangsung Sabtu lepas..

Dan alhamdulillah jugak eida dapat hadir dengan rakan-rakan kongsi dari utara, selatan dan central. Sama-sama dapat support our big event nie.. syukur sangat2.

So today just nak share the cronologies sebelum, semasa dan selepas majlis.

4.00 pagi.
Kami dari Penang. Berkumpul di Autocity dan gerak about 4.30 pagi. Everything going smooth je.. then berhenti rehat, mandi dan solat di R n R Simpang Pulai.

9.20 pagi.
Just arrived..Jalan kiara 5, Klang. Tempat dimana event berlangsung.
So kami breakfast dulu.. macam biasa orang utara kalau breakfast mesti nak makan nasi kan?. We ols so lucky sebab restoran depan stokis nie memang ada nasi seawal 9 pagi!. 

10.00 pagi.
We just mingle around.. and eida salah seorang AJK of the day, so yang lain-lain ambil tempat n eida bertugas di kaunter registration!. Happy dapat bantu team walaupun x seberapa. sebab eida datang jauh dari penang kan. So dapat bantu semasa proses register pon dah lega dah..dari langsung tak terlibat kan. 

So here beberapa gambar yang sempat ambil before majlis berlangsung.... Memang best dan sangat havoc!!


So saat yang dinantikan tiba bila emcee umumkan top 12 of PBWonders winner..tapi sayang hanya 10 orang yang dapat hadir.

So here sepuluh dari dua belas orang testimoni yang berjaya turunkan berat badan. Dan total lost almost 100kg tau!!.. Bangga sangat bila jual produk yang dapat bantu orang lain bertambah cantik dan yakin dengan diri sendiri. Nampak x masing-masing tersenyum je. Confirm x menyesal pakai pb.




Dan di bawah nie antara hadiah untuk mereka yang bertuah!!.. Best sebb grand prize almost RM3k tau.. iaitu satu set korset Premium Beautiful Elegance. Dan no yang bertuah tu pun cantik.. memang bertuah pemilik no 300 tu.. hihi.. dah tertulis rezeki untuk dia.. congrats ya!!


So sebelum balik kami usahawan dari utara ambil peluang  bergambar bersama CDM Shaliza Aziz.. bukan selalu dapat berkumpul kann...and we make teamwork business what?.. kami juga berganding bahu jayakan our big event nie!.. Best!!
 Seronok bila jumpa ramai-ramai camni..macam biasa laa.. sawan kamera menyerang!!

Last but not lease.. tuan tanah laa.. and im with miss airin diana.. Best kawan ngan makcik nie.. :)



Love ya!,
Eida Idris


June 10, 2015

WEEKEND : KENDURI DAN MEETING


Assalamualaikum.

Sejak eida mula buat bisnes, banyak benda yang berubah dalam hidup. Kalau dulu hanya fikir kerja dan family jer..tapi sekarang rasa hidup sangat bermakna dan makin hari makin seronok dan bahagia.

Macam Sabtu yang lepas..eida memang sedia maklum akan ada meeting untuk leaders utara bagi memperjelaskan lagi hala tuju kumpulan dan aktiviti sepanjang tahun 2015 yang bakal berlangsung.

Tapi..last minit mak ajak eida join konvoi ke kenduri saudara dan beberapa orang kenalan rapat family. semuanya jauh di Sik dan Baling sana.

Mulanya memang eida jelaskan kat mak, kenapa eida x dapat ikut. mulanya mak faham.tapi bila kira kereta pulak x cukup. then eida letak syarat kita bertolak awal.. since meeting dah janji kul 4.30 petang.

So kami bertolak seawal 11 pagi dan semuanya berjalan lancar. cuma keadaan jalan sahaja yang sedikit sesak.

Sampai kenduri pertama kira-kira pukul 1 petang.
ni bukti kami sampai!!

www.eidaidris.com


www.eidaidris.com
nak jugak tue.. hihi
 Kenduri ni di Sik.. yang di Baling x sempat nak ambil gambar dah..sebab tengok jam risau x sempat nak join meeting di Seberang Jaya nanti.

So terus minta izin mak ngan ayah nak balik dulu.. dah x dapat nak join lagi 3 kenduri sbb ada misi yang lebih penting hari tu!


So sampai lewat 20 minit..Alhamdulillah perbincangan baru nak mula..

www.eidaidris.com

Banyaknya ilmu dan amanat yang disampaikan oleh my mentor iaitu CDM Shaliza Aziz. Syukur di pertemukan dengan bisnes dan orang yang betul dalam usaha eida untuk menambah pendapatan beberapa tahun yang lalu. Rasa apa yang diusahakan semakin mendapatkan hasil.

Banyak amanat yang perlu kami sempurnakan ekspecially untuk memacu arah kumpulan di utara. Terlalu banyak perancangan yang akan dilaksanakan. InsyaAllah moga Allah mudahkan urusan kami. Aamin.

Selesai perbincangan macam biasa.. sawan kamera pun menyerang.. hihi..

ni aktiviti biasa... so here with my mentor..

www.eidaidris.com

Dan ini pula antara leader yang hadir.. ada lagi beberapa orang yang tidak dapat hadir.. so kami akan sampaikan amanat kepada mereka kemudian.

Apa yang pasti dengan bisnes ini, Makin buat makin jadi..makin amal..makin seronok!.. ilmu semakin dikongsi semakin tajam. itulah bezanya bila kita berbisnes dengan orang yang ada sama matlamat. semuanya kami bincang bersama!! teamwork make a dream work!!


www.eidaidris.com

Last but not lease.. of couse la tuan Tanah.. :) tetiba jadi model x berbayar kepada winter warmers.. haha..
 
www.eidaidris.com

Kadang-kadang rasa bersyukur sangat pertemukan dengan bisnes ini.. sebab eida bukan sahaja dapat tambah pendapatan malah eida juga berpeluang untuk mencungkil potensi diri sendiri disamping berkongsi produk hebat dengan orang lain.

Dapat tambah nilai dalam hidup orang lain adalah pengalaman yang paling beharga dalam hidup eida setakat ini.

Jom jadi sebahagian dari kami. Anda mungkin lebih hebat dari apa yang anda sangkakan.

Berminat untuk tahu lebih lanjut?.. boleh pm eida ya.. 0164061454 InsyaAllah.. eida kongsikan.

Love,
eidaidris.

June 04, 2015

PAYSLIP

Assalamualaikum..

Hari tu eida ada post status di facebook pasal payslip bisnes. Sudahnya ramai yang pm eida di Facebook dan Whatsapp bertanyakan tentang payslip BISNES.

Mereka pelik bagaimana bisnes online boleh memberikan payslip. Malah payslip yang laku pula di bank.

Laku yang eida maksudkan adalah..kita boleh memohon sebarang pinjaman dengan bank seperti pinjaman perumahan, kereta atau pinjaman peribadi juga. Bank memang terima payslip dari Hai O Marketing!.. itu kenyataan sebab eida sendiri dah cuba.

Dulu kami hanya ada sebiji kereta sahaja.. itulah satu-satunya kenderaan yang kami ada.. Tak pernah terfikir nak memiliki kereta lain..sebab memang x mampu.

Tapi bila buat bisnes premium beautiful nie.. Alhamdulillah.. Allah mudahkan... Selepas kurang dari setahun eida mampu membeli sebiji kereta MYvi.. dan yang paling seronok..Eida menggunakan payslip ini sebagai dokumen sokongan.

Dulu kalau beri payslip Kerja di USM nie. memang awal-awal lagi bank dah reject!..Sebab tu eida bertahan dengan bisnes nie.. semakin buat semakin sayang.. macam punyai kerja yang kedua pula.. :P

Itula Istimewanya bisnes nie. Semua orang berpeluang untuk kerja sendiri. Mahu berapa income kita yang tentukan.. Ibaratnya kita yang punya perniagaan sendiri.. rajin kita banyaklah bonusnya.

Ni antara contoh pendapatan eida.. mungkin ada yang rasa x sebanyak mana.. tapi bagi eida sendiri ini sudah lebih dari cukup.

www.eidaidris.com

www.eidaidris.com

www.eidaidris.com

Biasanya kalau dapat lebih bolehlah menyimpan.. kalau dapat kurang kita gandakan lagi usaha.. yang pastinya semua bergantung dengan diri kita sendiri.

Bisnes nie senang sebenarnya.. janji kita buat apa yang perlu. Tak susah dan yang bestnya kami buat dalam team. tapi bonus masuk akaun masing-masing. Cuma perlukan sekurang-kurangnya 2 jam sahaja untuk bisnes.

kalau mahu tahu lebih lanjut boleh pm eida ye.. InsyaAllah eida kongsikan dan terangkan dengan lebih lanjut lagi okay?..


Love,
Eidaidris.
0164061454